Sunday, March 13, 2011

Penggunaan & Pelaburan Emas

Apa khabar semua pembaca blog 1gold1malaysia, pada post kali ini saya ingin berkongsi pula video-video berkaitan dengan emas. Mungkin anda dah penat nak baca post saya yang panjang berjela-jela tu. Kali ini lihat apa kata orang-orang yang lebih arif tentang penggunaan emas & pelaburan emas ini. “We return the paper money to the banking system and take the gold and put it into the hands of the people. So the people will have the real wealth in their hands.”






Video dibawah ini pula menunjukkan pulangan keuntungan anda jika anda telah melaburkan $10,000 untuk membeli emas fizikal pada tahun 2003 hingga tahun 2008. Mari kita saksikan bersama-sama, berapakah pulangan wang anda jika anda melabur dalam emas sejak tahun 2003:





Baiklah di bawah ini ingin saya kongsikan bersama pembaca blog 1gold1malaysia salah satu rancangan TV iaitu rancangan Bijak Wang, panel yang dijemput ialah Dato' Salleh Majid - Bekas Presiden Bursa Saham Malaysia berkenaan dengan pelaburan emas. Beliau menyatakan bahawa pada kenaikan emas sejak 5 tahun lepas (2005) hingga sekarang (2009) adalah sebanyak 250%. Ini bermakna kenaikan purata setiap tahun ialah 50%. Anda semua bolehlah membuat perbandingan dengan skim-skim pelaburan yang terdapat di Malaysia. Adakah berbaloi jika anda melabur dalam emas? Jawapannya adalah Ya, pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang berisiko rendah dan keuntungan tahunan yang tinggi, ikuti nasihat dato salleh majid berkenaan pelaburan emas dibawah ini:



Sekarang anda sudah lihat & dengar video-video yang berkaitan dengan penggunaan & pelaburan emas. Anda tentu sudah dengar dan fahami tentang peranan emas sebagai pelindung kewangan anda. Oleh itu saya sarankan semua pembaca blog 1gold1malaysia beralih la simpanan anda ke dalam bentuk emas fizikal. Bagaimana nak mendapatkan emas fizikal pertama anda? Sila lihat disini >>Produk EMAS<< dan buat tempahan anda >>DISINI<< Jika anda masih ragu-ragu lagi, sila lihat analisa berkaitan harga emas di bahagian >>ANALISA<<.
Anda juga boleh membaca post-post saya berkaitan dengan pelaburan emas di bawah ini. TQ.

Tuesday, January 25, 2011

Mengapa anda perlu Mengikat atau Sandarkan Wang anda Pada EMAS

Pada posting yang lepas saya telah mendedahkan bahawa pelaburan emas merupakan pelaburan yang paling bijak dan tepat bagi anda. Pada post kali ini saya ingin kongsikan pula dengan pembaca blog 1gold1malaysia mengapa anda patut menyandarkan wang belanjaan anda kepada EMAS!!

Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.


Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.

Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas. Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas. Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!

Tips : Sandarkan Setiap Sen yang anda Belanjakan Dengan Emas

Bagaimana caranya?


Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu. Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.

Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Apakah rasionalnya?

1) Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)
Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi. Anda hanya perlu maintain upah simpan 6 bulan sekali dan apabila sampai waktunya (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!.

2) Modal Perniagaan
Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!


Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.
Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!

3) Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)

Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya. Apakah pelaburan hartanah tiada risiko? Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!
Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!


Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.
Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!

Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!

Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.

Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.

Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang

Sekian saja untuk info yang ingin saya kongsikan dengan pembaca 1gold1malaysia. Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas anda boleh lihat di >>sini<<  atau hubungi saya ditalian 012-7292738.