ADAKAH EMAS DAPAT MEMBERIKAN KEUNTUNGAN KEPADA ANDA?
Adakah anda perasan tokey-tokey emas sentiasa membuat keuntungan dengan emas yang mereka miliki? Dan pernahkah terlintas di fikiran anda mengapa pihak bank & kedai pajak gadai dengan mudah memberi pinjaman kepada mereka yang memajak emas di tempat mereka? Ya..ini adalah disebabkan oleh harga emas yang sentiasa menaik dalam jangka masa panjang & sederhana.
Pada post kali ini saya ingin berkongsi analisa saya berkenaan dengan kenaikkan harga emas untuk beberapa tempoh masa. Sudah tentu anda yang berminat untuk memulakan pelaburan emas ingin skali mengetahui sejarah harga emas sejak kebelakangan ini.
Okey tanpa membuang masa lagi, sekarang saya akan tunjukkan kepada anda bukti mengapa saya katakan pelaburan emas ini sangat menguntungkan anda.
Dibawah ini adalah hasil analisa saya berdasarkan pergerakan harga emas dunia dalam tempoh masa 1 hari sahaja. Mari kita lihat bersa-sama.
Graf di atas menunjukkan pergerakan harga emas sebenar yang diambil pada 3 Disembar 2010. Graf menunjukkan harga emas (USD) / oz.
1USD = RM 3.2
1 oz = 31.1 gram
Anda dapat saksikan sendiri dalam masa SATU HARI sahaja pun harga emas boleh meningkat sebanyak 2.14%!! Best tak?
Sekarang kita lihat pula keuntungan yang dapat anda buat dalam tempoh masa 6 bulan. Sila lihat graf dibawah:
Graf ini dicatatkan bermula pada 08 JUN 2010 sehingga 07 DISEMBER 2010 iaitu genap 6 bulan pemantauan harga emas. Anda dapat lihat harga emas tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 6 bulan adalah $1423.70 per ounce. Manakala harga terendah yang dicatatkan adalah $1161.60 per ounce.
Jika anda mengamalkan teknik beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi, anda dapat menjana keuntungan sebanyak 22.56%!!!. Anda dapat lihat sendiri, dalam masa 6 bulan sahaja emas dapat memberikan pulangan yang sangat lumayan jika dibandingkan dengan pelaburan lain. Dengan kata lain jika anda membeli emas pada harga RM15000 dalam masa tempoh 6 bulan sahaja emas anda sudah bernilai sebanyak RM18384!!! Jadi berbaloi tak simpan emas ni!?
Kita beralih pula pada kenaikan harga emas dalam tempoh masa 1 tahun. Sila lihat graf dibawah ini. Pergerakan harga emas ini telah mula direkodkan pada 08 Disember 2009 sehingga 07 Disember 2010 iaitu genap setahun.
Adakah ada lihat harga emas masih lagi dalam keadaan menaik? Ya..harga emas sentiasa dalam trend menaik. Harga emas telah mencanak naik sebanyak $362.3 per ounce dalam tempoh masa setahun ini. Jika anda telah mula menyimpan emas dalam masa lebih kurang setahun lepas, maka anda memperolehi keuntungan sebanyak 34.13%!! Pulangan yang sangat lumayan untuk tempoh masa 1 tahun sahaja. Jadi mengapa anda bertangguh lagi? Mulakan pelaburan emas anda sekarang.
Jika anda masih lagi tidak berpuas hati dengan tempoh analisa yang boleh dikategorikan dalam jangka masa sederhana ini, maka kita beralih pula pada jangkamasa panjang. kita ambil pula contoh pergerakan harga emas untuk tempoh masa 5 tahun yang lepas sehingga sekarang. Perhatikan betul-betul graf dibawah ini:
Anda nampak sendiri bagaimana kenaikkan harga emas dalam tempoh 5 tahun ini. Sebab itu saya katakan lebih lama emas itu diperam maka lebih tinggi nilainya. Dalam masa 5 tahun ini sahaja peratusan kenaikan harga emas paling tinggi pernah dicatatkan adalah sebanyak 190.3%!!! Wow...itulah untungnya pelaburan emas ini. So adakah anda masih nak menganga lagi tengok harga emas yang semakin menaik ini tanpa mengambil sebarang tindakan??
Bagi memuaskan lagi hati anda, saya sertakan statistik pergerakan harga emas untuk tempoh 10 tahun. Kali ini perhatikan sambil pegang kalkulator untuk kira bersama-sama peratusan kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun ini. Sila lihat graf di bawah ini:
Jika anda membeli emas pada Disember 2000 yang harganya pada masa itu adalah $255.9 per ounce dan mejualnya pada Disember 2010 yang harganya adalah $1423.7, maka keuntungan anda adalah sebanyak 456.35%!!! Dengan kata lain jika anda telah membeli emas berharga RM20000 sepuluh tahun lepas maka anda wajib mendapat keuntungan sebanyak RM91270.03!! pada Disember 2010. Anda terperanjat? Ini adalah realiti yang mesti anda terima. Yang dah lepas, biarlah lepas. Jadi untuk masa akan datang anda boleh bermula sekarang! Masa depan anda & keluarga adalah emas.
Situasi diatas adalah keuntungan yang anda dapat perolehi melalui teknik beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Ada banyak lagi teknik-teknik yang boleh dipraktikkan untuk memaksimakan keuntungan anda. Anda boleh rujuk >>disini<< untuk info lebih lanjut.
Jadi saya berharap dengan analisa berdasarkan pergerakan harga emas sebenar diatas dapat membuka minda anda untuk memulakan pelaburan berasaskan emas ini. Tiada kerugian atau penurunan harga yang mendadak dalam tempoh masa sederhana mahupun panjang. Ini adalah pelaburan yang berisiko sangat rendah. Anda boleh berpegang pada konsep ini, iaitu harga emas setiasa naik dalam tempoh masa sederhana dan panjang.
Semoga anda memperoleh info yang bermanfaat dari analisis graf diatas. :)