INFO

 Monday, December 27, 2010
Seminar Peluang Perniagaan Emas (Disember 2010)

Seminar pada bulan Disember akan meliputi Kelantan, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Sungai Petani, Penang, Ipoh dan Johor Bahru.
Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini.Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas.

Jadual seminar Disember 2010 adalah seperti dibawah:




Seminar ini adalah PERCUMA!!

Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 012-7292738 butiran-butiran berikut:

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.


Monday, December 13, 2010 
JAMINAN EMAS PUBLIC GOLD KEPADA PELANGGAN

Public Fine Gold International Sdn. Bhd. memberikan jaminan-jaminan sepertimana berikut:
  1. Syarikat pengeluar emas pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records - >>link<<
  2. Mendapat kebenaran khas daripada Bank Negara Malaysia (BNM) - >>link<<
  3. Belian balik semua jenis emas Public Gold menggunakan harga WE BUY.
  4. Belian balik semua jenis emas Public Gold sama ada kemek, bengkok, calar dan sebagainya selagi tidak hilang nilai timbangan emas tersebut.
  5. Belian balik semua jenis emas Public Gold yang telah kehilangan Certificate of Authenticity
  6. Emas yang dibekalkan adalah Tulen sebagaimana dinyatakan di dalam Certificate of Authenticity dan disahkan oleh Assay Office yang bertauliah oleh Bank Negara Malaysia (Salah 1 daripada 4 syarikat assay yang diiktiraf di Malaysia)

SPREAD HARGA EMAS PUBLIC GOLD

Sila Rujuk pada jadual harga Emas & Perak disebelah kanan blog.
HARGA SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). HARGA SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut.

Formula HARGA SPREAD adalah sebagaimana berikut:

HARGA SPREAD = Harga WE SELL - Harga WE BUY

Peratusan HARGA SPREAD = (Jumlah HARGA SPREAD / Harga WE BUY) x 100

PUBLIC GOLD :
- 20g lingkungan 6.1%-6.5%
- 50g lingkungan 5.6%-6.0%
- 100g lingkungan 5.1%-5.5%
- 1000g lingkungan 5.0%

PUBLIC DINAR :
- 1 Dinar lingkungan 6.1%-6.5%
- 5 Dinar lingkungan 5.6%-6.0%
- 10 Dinar lingkungan 5.1%-5.5%



 

Sunday, December 19, 2010

Pengalaman membeli Emas pertama.

Harini saya ingin bercerita sedikit tentang pengalaman saya membeli emas dengan Public Gold. Pada 14/11/2010 yang lepas saya telah menelefon agen Public Gold untuk 'lock' harga & membuat tempahan produk iaitu:

1 unit jongkong Emas 999 seberat 100 gram = RM 15331
1 unit jongkong Emas 999 seberat 20 gram = RM 3095
3 unit 1 Dinar Emas 916 seberat 4.25 gram setiap satu = RM 1917

Setelah persetujuan dibuat Pihak Public Gold telah menelefon & emailkan Sales Order kepada saya pada 15/11/2010. Tanpa melengahkan masa saya terus 'Bank in' atas nama Public Gold ke akaun Maybank. Sila lihat Sales order yang telah saya terima dibawah ini :



setelah pembayaran dibuat, saya menelefon PG untuk mengetahui tarikh stok sampai untuk collection. Seminggu kemudian saya pun datang ke ofis Public Gold cawangan Johor (diPerling) untuk ambil stok. Setelah mengemukakan bukti pembayaran kepada staff PG dan berpuas hati dengan stok yang diterima, pihak PG telah memberikan DO (Delivery Order) dan Invoice kepada saya sebagai bukti pembelian. Sangat mudah!

Dibawah ini adalah gambar produk Emas yang telah saya beli dengan Public Gold.



Sekarang saya ingin berkongsi pula dengan pembaca blog 1gold1malaysia pengalaman saya memajak Emas belian pertama saya tadi di Ar-Rahnu Agro Bank. Lebih kurang dalam tempoh masa 21 hari dari hari saya terima stok saya telah memajak kesemua emas saya di Ar-Rahnu Agro Bank. Sebenarnya ada beberapa objektif mengapa saya memajak emas saya di Ar-Rahnu ni. Antaranya ialah untuk;

1) Menguji ketulenan & Berat Emas-emas Public gold;
2) Mencari tempat yang paling selamat untuk menyimpan Emas;
3) membuktikan harga belian Emas Public Gold adalah murah dari harga pasaran;
4) Mencari modal untuk memulakan perniagaan saya.

Pada 13/12/2010, saya telah pergi ke Agro Bank untuk membuat pajakan. Diringkaskan, setelah sampai ke bilik pegawai bertugas saya pun nyatakan tujuan saya. Pegawai bank tersebut mencadangkan saya membuat 3 surat pajakan bagi memudahkan saya untuk menebus kembali pada masa akan datang. Menurut apa yang
diterangkan oleh pegawai bank tersebut, Emas keluaran Public Gold setakat ini belum mempunyai apa-apa masalah dari segi ketulenan dan ketepatan dari segi beratnya. Senang hati mendengarnya. Sembang punya sembang rupa-rupanya Bos Agro bank tu pun dah beli juga emas dari Public Gold ni. Patut la confident jer.  Berikut adalah gambar untuk menguji berat dan ketulenan Emas menggunakan Densimeter.

Menguji berat Emas Public Gold menggunakan Densimeter 


 Menguji Ketulenan Emas Public Gold menggunakan Densimeter

Nampaknya objektif pertama saya dah tercapai. Alhamdullilah, Kesemua emas saya ini memang telah disahkan tulen dan tepat beratnya. Dan apa yang lebih membuatkan saya senang hati adalah bila Emas yang tak sampai sebulan saya beli tu telah dinilaikan lebih dari harga semasa saya membelinya. Sila lihat dan bandingkan harga emas bagi jongkong 100 gram didalam invoice dan surat pajak Agro Bank.

Invoice - Lihat harga emas bagi jongkong 100gram (harga dalam bulatan merah)


Surat Pajak - Lihat harga emas bagi jongkong 100gram (harga dalam bulatan merah)

Jika dikira Pihak Bank telah menilaikan harga emas bagi jongkong emas 100 gram saya lebih sebanyak RM1249!!. Jika saya pajak emas ini pada masa akan datang agak-agak berapakah 'value'nya? Nampaknya objektif saya yang kedua dan ketiga juga sudah tercapai. Saya dah jumpa tempat simpan emas yang paling selamat dan juga skaligus membuktikan harga belian Emas keluaran PG ini adalah murah berbanding harga pasaran.

Setelah Semua emas-emas saya telah dinilaikan, pihak bank telah bersetuju untuk memberi pinjaman sebanyak 70% dari harga emas-emas saya. Cara pengiraannya adalah seperti berikut:
Bagi jongkong emas 100 gram (surat pajakan pertama):

Nilai marhum = harga emas segram x berat emas yang di gadai
                     = RM 165.80 x 100 gram
                     = RM 16580

Pinjaman       = Nilai marhum x 70%
                    = RM 16580 x 70%
                    = RM 11606 (saya ambil RM11600)

Upah Simpan sebulan  = (Nilai marhum/100) x 0.60
                                   = (RM 16580 / 100) x 0.60
                                   = RM 99.80

Ini adalah hasil pengiraan untuk surat pajakan pertama saya. Saya ada lebih kurang 3 surat pajak. Nampaknya objektif keempat saya juga dah tercapai. Hasil duit dari pajakan tersebut telah saya jadikan modal untuk berniaga. Berniaga apa? Stok niaga yang tiada susut nilai, makin lama stok disimpan maka makin tinggi nilainya..meniaga apa lagi meniaga EMAS la. hehe..

Sekian saja cerita yang ingin saya kongsikan pada post kali ini. Harap kepada semua pembaca blog 1gold1malaysia dapat memperoleh sesuatu dari post saya ini..dan kalau ada hajat untuk beli emas, boleh la contact saya sementara harga emas masih 'cantik' lagi ni.


 

Thursday, December 23, 2010

Apa khabar semua pembaca blog 1gold1malaysia? Harap-harap sihat & ceria sentiasa. Harini just nak sambung dari post yang lepas. Lepas saya pajak emas pertama saya dan dapat modal, saya telah pun membuat belian kedua. Saya telah pun collect stok emas saya pada pagi tadi (23/12/2010) di Public Gold branch Johor. Kiranya ni ready stok saya untuk meniaga. So kepada sesiapa yang dah ada duit untuk beli ready stok dari saya, boleh la roger saya segera sebelum kehabisan. Stok masih panas lagi..baru keluar kedai ni. Semua masih dalam sampul tak berbuka lagi. Kalau berminat boleh lihat harga produk keluaran Public Gold di sebelah kanan blog 1gold1malaysia. Dibawah ini adalah ready stok yang ada untuk anda yang berminat. Kalau ada permintaan selain ready stok ni boleh buat tempahan dengan saya.

 Ready stok (Jongkong emas 50gram, Jongkong emas 20gram x 2 unit & Dinar emas 1 Dinar x 2 unit)

Semua produk keluaran Public Gold disertakan dengan certificate of authenticity yang telah disahkan oleh Assay Office Penang. Okay itu saja update saya untuk post kali ini. Sekian. :)