ZAKAT

DARI SEGI BAHASA

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


DARI SEGI SYARAK

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat.
  3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
  10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.


SIAPA YANG WAJIB ?





Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:


  1. Islam         -  Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam  sahaja.
  2. Merdeka   - Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  3. Sempurna Milik  -  Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  4. Hasil Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat -  Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat. 
  5. Cukup Nisab  -  Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  6. Cukup Haul   -   Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.


APAKAH HARTA YANG WAJIB DIZAKATKAN ?

Ada 2 jenis zakat iaitu:

  • Zakat Fitrah   -   Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan  syarat-syarat  yang ditetapkan.
  •  Zakat Harta  -  Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
       1. Zakat Pendapatan
       2. Zakat Perniagaan
       3. Zakat Binatang Ternakan
       4. Zakat Pertanian
       5. Zakat Wang Simpanan
       6. Zakat Emas dan Perak
       7. Zakat Saham
       8. Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *

***

Ma’adin  - Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
Kunuz     - Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
Rikaz      - Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)



Zakat emas dan perak

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Zakat emas dan perak ialah zakat yang dikenakan ke atas beberapa jenis logam berharga, iaitu emas dan perak. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
  

” Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ” - (Surah At-Taubah: 34)[1]
  

” (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. ” - (Surah At-Taubah: 35)[2]EmasZakat emas dikira dalam dua keadaan.

  1. Emas yang tidak dipakai (disimpan) - yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%
  2. Emas yang dipakai - (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh:

Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf emas adalah 150 gram(kalau anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda dibawah)


Contoh:

Uruf Emas = 150 gram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)

Berat emas yang dipakai = 250 gram andaian harga emas semasa RM77.16 / gram= RM 192.9

p/s: Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza.


Contohnya:

1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008

Perak

Beza zakat perak dengan emas cuma nilai nisabnya iaitu 595 gram