Wednesday, January 5, 2011

Simpanan & Pelaburan di Tahun Baru

Apa khabar semua pembaca blog 1gold1malaysia? Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru...semoga tahun ini mendatangkan lebih banyak kejayaan, ketenangan & kekayaan kepada anda semua. Apa azam tahun baru anda?


Walau apa pun azam anda, saya berharap anda akan berjaya mengecapinya.

Bagaimana dengan hasil pelaburan anda pada tahun-tahun sudah? Mesti anda berpuas hati dengan hasil yang anda telah perolehi pada tahun lepas. Harap anda memperoleh keuntungan hasil dari pelaburan anda itu. Baru-baru ini ASB mengumumkan dividen  sebanyak 7.5% dan bonus 1.25%. Sesiapa yang sudah membuat pelaburan dengan ASB, tahniah saya ucapkan kerana telah membuat pelaburan yang bijak. Andaikata anda telah laburkan RM50,000 di dalam ASB, maka anda telah meraih keuntungan sebanyak RM4375.

Berapakah keuntungan pelaburan anda??

Tetapi jika anda telah membuat pelaburan dengan emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang LEBIH bijak kerana Return of Invesment (ROI) anda adalah sebanyak 29%!! Ya...dengan kata lain, jika anda telah membeli emas sebanyak RM50,000 pada 1/1/2010, maka anda wajib mendapat keuntungan sebanyak RM14,500!! pada akhir tahun 2010. Bukankah itu lebih bijak!? Anda boleh lihat sendiri pergerakan harga emas yang diambil pada 1 Januari 2010 hingga tahun berakhir 2010 dibawah:


Graf pergerakan harga Emas pada tahun 2010

Harga emas pada 1 Januari 2010 = $1096.50/oz



Harga emas pada 31 Disember 2010 = $1421.60/oz

29% itu jika anda beli emas & simpan, kemudian jualkan apabila hujung tahun 2010 sahaja. Anda masih boleh menjana keuntungan yang lebih lagi melalui emas-emas anda dengan mengamalkan teknik-teknik >> ini<<. Anda boleh lihat analisis harga emas sepanjang 10 tahun >>disini<<. Walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trendnya sentiasa dalam keadaan menaik. Anda sudah boleh mula membeli & menyimpan emas sedikit demi sedikit dan lihat hasilnya kemudian.

Jadi...bagaimana pula pelaburan untuk tahun 2011 ini? Anda sendiri yang perlu tentukan dimana sepatutnya anda laburkan wang anda. Fikir...fikirkan..

Berminat untuk mendapatkan EMAS Pelaburan anda? Klik >>sini<< 

Baiklah itu saja ingin saya kongsikan pada post kali ini. Pada post akan datang saya akan kongsikan dengan anda mengapa kita harus sandarkan semua yang ingin anda beli kepada EMAS!!

No comments:

Post a Comment