Friday, December 31, 2010

Pelaburan Emas di Malaysia



Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%). Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.

Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.


Tentunya pembaca 1gold1malaysia ingin mengetahui berkenaan analisis untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.

Kijang Emas
  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
  • Spread 1oz (3.9%), 1/2oz (5.6%), 1/4oz (7.4%
  • Tidak boleh lock harga.
  • Tidak boleh booking.
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
  • Stok sering habis.
  • Tidak beli semula jika tercalar.

 UOB Gold
  • Boleh dibeli di UOB Utama sahaja.
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  • Perlu dapatkan sendiri di UOB.
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung

Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu.
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
  • Buka sarung tolak harga.

Bunga Raya

  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
  • Spread 15%-25%.
  • Buka sarung tolak harga.

Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
  • Harga tinggi berbanding pasaran.
  • Spread 20%-40%

Public Gold / Public Dinar
  • Boleh dibeli daripada mana-mana agen.
  • Spread 5%-6%
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
  • Boleh booking dan lock harga.
Pilihan di tangan anda. Namun, emas pelaburan terbaik setakat ini ialah Public Gold / Public Dinar kerana banyak kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Sekiranya berminat, kami sedia menjual emas Public Gold / Public Dinar pada bila-bila masa pada harga yang sama seperti di laman web Public Gold / Public Dinar.

Apa yang mempengaruhi harga emas semasa?



Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:


1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Tuesday, December 14, 2010

Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Pada topik kali ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca blog 1gold1malaysia tentang kelebihan emas berbanding wang kertas dan mengapa saya galakkan anda menyimpan emas sebagai pelaburan masa depan anda dan keluarga. Tapi sebelum kita pergi lebih lanjut mari kita lihat apakah di antara sebab-sebab manusia membeli emas:

1.      Penyimpan kekayaan yang terunggul
2.      Sebagai pelaburan - harga emas yang meningkat dari masa ke semasa
3.      Mas Kahwin
4.      Sebagai Hadiah
5.      Membayar zakat
6.      Medium pertukaran yang sah dalam urusan jual beli.

1. Emas merupakan penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas merupakan penyimpan kekayaan yang unggul kerana manusia mengiktiraf emas sebagai logam berharga. Ia tidak boleh dimusnahkan dengan mudah. Emas mempunyai nilai yang stabil dan tidak akan kehilangan nilainya. Malahan harganya meningkat dalam jangka masa panjang. Ia juga merupakan pelaburan yang kalis inflasi.
Selain itu, emas merupakan mata wang tanpa sempadan dan diterima di seluruh dunia. Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan dalam bentuk emas adalah satu tindakan yang sangat bijak.

Gambar: Pergerakan harga emas dari tahun 2000 sehingga 2010

2. Emas sebagai pelaburan.
Memandangkan emas sekarang berfungsi sebagai komoditi, harganya turut boleh turun naik mengikut permintaan dan penawaran pasaran emas antarabangsa. Oleh yang demikian seseorang pelabur boleh mendapat keuntungan dengan cara membeli emas ketika harganya turun dan menjualnya semula apabila harganya meningkat.
Dengan melihat kepada tren kenaikan dan penurunan harga, pelabur boleh mendapat keuntungan yang lumayan.



3. Mas kahwin
Memandangkan emas merupakan logam yang berharga, ia boleh digunakan sebagai mas kahwin. Sebagai contoh, di Malaysia, salah seorang artis yang popular, M. Nasir menggunakan 13 dinar sebagai mas kahwin apabila mengahwini Marlia Musa.


 
4. Sebagai hadiah
Sifat emas yang cantik, lembut, sukar diperoleh dan mahal menyebabkan ianya menjadi logam yang diminati oleh manusia. Sifat-sifat ini juga menyebabkan manusia memilih emas untuk membuat barang kemas. Oleh itu, emas boleh diberikan sebagai hadiah. Dengan kecantikan dan nilai yang tinggi ia pasti akan dihargai oleh penerimanya.




5. Membayar zakat
Di dalam Islam, penggunaan emas membolehkan zakat dibayar dengan lebih tepat. Lagipun emas dan perak merupakan mata wang sunah yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana emas dan perak mempunyai nilai yang tersendiri sedangkan wang kertas hanyalah kertas yang dicetak semata-mata.



6. Medium pertukaran yang sah dalam urusan jual beli.
Mengikut sejarah tamadun manusia, emas merupakan logam yang digunakan secara meluas sebagai wang. Penggunaan emas sebagai wang telah mula dikesan 643 tahun SM di Lydia. Jika berlaku masalah dengan wang kertas, manusia akan mencari alternatif lain yang boleh digunakan sebagai wang. Emas dan perak merupakan alternatif yang terbaik. Ini kerana kedua-dua logam ini pernah digunakan sebagai wang.



 
Apa yang anda perlu tahu tentang kelebihan Emas berbanding wang kertas!

Dibawah ini adalah perbandingan mudah yang saya berikan berkenaan dengan kelebihan emas jika dibandingkan dengan wang kertas yang kita semua miliki dan simpan sekarang.

Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.
1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ditiru
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

Kelemahan wang kertas
1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Kemerosotan nilai terlalu tinggi, banyak negara yg gagal disebabkan matawang tidak disandarkan pada emas. Bila tak cukup duit, main print je...matawang ni dinamakan duit fiat (fiat money)....lagi banyak dicetak lagi rendah nilainya. Nilai wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati ini menyebabkan ia kehilangan nilai.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009
Malaysia = ?
US = ?



Baiklah anda tentu sudah nampak secara ringkas mengapa saya galakkan anda menyimpan atau menabung dalam bentuk emas berdasarkan perbandingan di atas. Sekarang saya akan kaitkan pula dengan keadaan semasa untuk lebih meyakinkan anda mengapa anda perlu beralih simpanan anda kepada emas.


Adakah anda perasan jika harga minyak naik, harga barang2 lain pun turut naik sama. Tahukah anda mengapa harga2 barang ni meningkat naik? Sebenarnya kalau diikutkan secara logicnya barang yg kita beli ni sama jer seperti barang2 yang kita beli dulu..takde apa yang extra pun. Sebenarnya apa yang terjadi adalah disebabkan susut nilai wang kita. sebab itu kalau dulu pergi sekolah bawak duit belanja 50 sen pun dah cukup...tapi anak2 sekarang pegi sekolah kalau takde kurang2 RM 2@3 sehari memang tak cukup. Akan datang agak2 berapa ringgit  belanja sekolah...RM10, RM 20??? Inilah yang dinamakan inflasi.


Kenapa ni semua terjadi...semua ini terjadi disebabkan  kita berpegang kepada wang kertas (sebenarnya kertas kosong yang dicetak nilai). Kalau anda perasan sekurang2nya duit kita dimakan oleh inflasi sebanyak 4% setahun...Ya duit kita susut nilai sebanyak 4% setahun. Sebab itu kita hanya perasan harga barang asyik meningkat dari hari ke hari tapi bukannya nilai duit kita yang semakin susut.
Oleh itu kita haruslah berpegang kepada sesuatu yang lebih stabil sebagai simpanan kita pada masa hadapan. Adakah anda tahu 'wang' yang paling stabil sekali didunia yang tak dimakan oleh inflasi sejak beribu2 tahun dahulu sehingga sekarang? Ya…EMAS tidak dimakan oleh inflasi sejak berkurun lamanya.

Kenapa EMAS?

Tahukah anda pada zaman Rasulullah (1400 tahun dahulu) harga seekor kambing adalah bersamaan dengan 1 dinar wang emas? Dan jika dibandingkan dengan harga seekor kambing pada masa sekarang ini masih lagi bersamaan dengan 1 dinar wang emas. (1 dinar = 4.25 gram emas). Jika anda tak percaya anda boleh check harga emas semasa dan convert ke satu dinar dan check harga semasa seekor kambing.
Sekarang anda dah nampak kestabilan 'wang' EMAS jika dibandingkan dengan wang kertas. Sudah berkurun lama digunakan tapi masih mengekalkan kuasa membelinya. Langsung tidak dimakan inflasi kerana nilainya naik sejajar dengan 'kenaikkan' harga barang.



Anda masih tak percaya!?

Nak contoh lagi...baiklah saya bagi contoh harga kereta dalam sepuluh tahun kebelakangan ini hingga sekarang.
Kita ambil contoh Kereta Honda civic dan bandingkan harga emas, dan nilai wang kertas anda pada tahun 2000 & 2010.


Tahun 2000
Harga Honda Civic dalam RM     = RM80 000
Harga emas masa tu RM33/gram = 2424.24 gram

Ini bermakna jika anda ada 2424.24 gram emas pada masa tu anda mampu untuk membeli sebijik kereta Honda Civic. Sekarang kita compare dengan harga semasa pula:

Tahun 2010
Harga Honda Civic dalam RM   = RM 130 000
Harga emas semasa RM166/gram = 783.13 gram

Cuba bayangkan jika anda menyimpan 2424.24 gram emas dari tahun 2000, anda dah boleh beli 3 bijik Honda Civic skarang ni. Tapi jika anda simpan RM80 000 hingga sekarang , anda hanya boleh beli separuh honda civic sahaja.

Ok sekarang kita beralih pula dengan kos mengerjakan Haji. Kali ni saya amik Dinar sebagai perbandingan dengan wang kertas. Dibawah ini adalah statistik biaya haji 10 tahun kebelakangan ini hingga sekarang. Jika anda menyimpan wang kertas anda akan dapati kos untuk mengerjakan haji semakin meningkat. Tetapi jika anda menyimpan Dinar emas ternyata nilai untuk mengerjakan haji semakin menurun dari tahun ke tahun. Purata kadar penurunan kos mengerjakan haji adalah sebanyak 12% setahun!!. Wow...mari kita beralih simpanan kita dalam bentuk emas mulai sekarang!



Anda boleh bandingkan sendiri dengan contoh-contoh lain seperti harga rumah atau tanah dulu & sekarang. Anda akan dapati emas tetap akan dapat menyelamatkan ekonomi anda. Semua ini disokong oleh analisa saya berkenaan dengan kenaikkan harga pada sepanjang masa. Berdasarkan kajian purata kenaikan harga emas adalah diantara 20% - 40% setahun.

Sekarang anda sudah nampak kepentingan mengapa saya sarankan anda menukar wang simpanan anda ke dalam bentuk Emas. Emas tidak akan susut nilai, malah semakin tinggi nilainya dari tahun ke tahun. Anda sudah boleh bermula untuk menabung mulai sekarang. Bermula dengan 1 Dinar @ 1 jongkong setiap bulan @ setiap 2 bulan sekali, anda pasti akan memperoleh keuntungannya di kemudian hari. Selain itu anda juga boleh menggunakan 10% daripada gaji anda setiap bulan untuk membeli dan menyimpan emas. So kepada sesiapa yang dapat Bonus & increment hujung2 tahun ni dah boleh la simpan sedikit dalam bentuk emas untuk masa depan anda & keluarga.

Tuesday, November 16, 2010

Asal usul wang kertas dan sistem kewangan Malaysia



Sejarah Mata Wang Malaysia

1870 : Sistem wang token dan piawaian emas digunakan secara meluas dalam aesala aspek transaksi  perdagangan.

1899 : Mata wang kertas pertama diterbitkan oleh kerajaan, disandarkan kepada surat jaminin dan logam perak.

1906 : Kerajaan menyandarkan mata wang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Setiap satu dolar setara dengan dua sterling dan 4 dime, dan60 dolar selat setara dengan 7 wang emas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya. Sistem kadar pertukaran bebas dan perjanjian Betton Woods mula dirangka untuk dilaksanakan sepenuhnya ke seluruh dunia.


1954 : Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada Dolar selat (logam) yang kemudiannya digantikan dengan dolar Malaya.

1958 : Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk percetakan mata wang.

1967 : Bank negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia (RM) menggantikan dolar. Pada tahun 1973 hingga tahun 1985, sistem kadar wang fleksibel (boleh ubah) mula diamalkan di Malaysia bagi menstabilkan wang ringgit.

1975 : Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama. Pada tahun 1985 hingga tahun 1997, sistem pertukaran mata wang kadar terapung diamalkan memandangkan pertumbuhan ekonomi dan perdangangan kian rancak.

1998 : Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM3.80 untuk setiap USD 1.

Sekilas Sejarah Mata Wang Dunia


1879 Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.

1914 penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I mencetak mata wang lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.

1933 FD Roosevelt dilantik menjadi presiden ketika AS mengalami Great Depression, ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500,000 keping wang emas bernilai USD 20 setiap satu.

1 Julai 1944 Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara sekutu bersepakat untuk menstabilkan semula kadar tukaran setelah Perang Dunia II. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD 35 dengan 1 auns emas. Perjanjian ini juga menyepakati bahawa pencetakan mata wang sesebuah negara berdasarkan rizab emas, dan dolar dijadikan sebagai piawai semua mata wang dunia.

15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistim kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja.

Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang merupakan punca krisis dolar yang meluas. Sejak saat inilah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD, tentunya dengan kadar bunga tertentu, misalnya IMF menetapkan antara 15-20%. Ini adalah perangkap negara maju sehingga boleh terus mengeksploitasi negara miskin.

Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasi pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan. Fakta bahawa negara-negara ini masih mempunyai simpanan emas yang banyak tetapi berpakat untuk tidak menjual atau memajakkan emasnya semakin memperkuat persangkaan kita bahawa wang fiat adalah alat penjajahan. Ada maklumat bahawa mulai Jun 2001 Rusia telah mencetak wang emas sebagai legal tender, ia juga telah mula menjual dolar dan menimbun simpanan emasnya.

Dipetik dari penulisan Mustafa Dakian melalui buku bertajuk sistem kewangan islam terbitan pertama 2005 @utusan publications & Distributors Sdn Bhd