1. Penyimpan kekayaan yang terunggul
2. Sebagai pelaburan - harga emas yang meningkat dari masa ke semasa
3. Mas Kahwin
4. Sebagai Hadiah
5. Membayar zakat
6. Medium pertukaran yang sah dalam urusan jual beli.
1. Emas merupakan penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas merupakan penyimpan kekayaan yang unggul kerana manusia mengiktiraf emas sebagai logam berharga. Ia tidak boleh dimusnahkan dengan mudah. Emas mempunyai nilai yang stabil dan tidak akan kehilangan nilainya. Malahan harganya meningkat dalam jangka masa panjang. Ia juga merupakan pelaburan yang kalis inflasi.
Selain itu, emas merupakan mata wang tanpa sempadan dan diterima di seluruh dunia. Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan dalam bentuk emas adalah satu tindakan yang sangat bijak.
Gambar: Pergerakan harga emas dari tahun 2000 sehingga 2010
Memandangkan emas sekarang berfungsi sebagai komoditi, harganya turut boleh turun naik mengikut permintaan dan penawaran pasaran emas antarabangsa. Oleh yang demikian seseorang pelabur boleh mendapat keuntungan dengan cara membeli emas ketika harganya turun dan menjualnya semula apabila harganya meningkat.
Dengan melihat kepada tren kenaikan dan penurunan harga, pelabur boleh mendapat keuntungan yang lumayan.
3. Mas kahwin
Memandangkan emas merupakan logam yang berharga, ia boleh digunakan sebagai mas kahwin. Sebagai contoh, di Malaysia, salah seorang artis yang popular, M. Nasir menggunakan 13 dinar sebagai mas kahwin apabila mengahwini Marlia Musa.
4. Sebagai hadiah
Sifat emas yang cantik, lembut, sukar diperoleh dan mahal menyebabkan ianya menjadi logam yang diminati oleh manusia. Sifat-sifat ini juga menyebabkan manusia memilih emas untuk membuat barang kemas. Oleh itu, emas boleh diberikan sebagai hadiah. Dengan kecantikan dan nilai yang tinggi ia pasti akan dihargai oleh penerimanya.
5. Membayar zakat
Di dalam Islam, penggunaan emas membolehkan zakat dibayar dengan lebih tepat. Lagipun emas dan perak merupakan mata wang sunah yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana emas dan perak mempunyai nilai yang tersendiri sedangkan wang kertas hanyalah kertas yang dicetak semata-mata.
6. Medium pertukaran yang sah dalam urusan jual beli.
Mengikut sejarah tamadun manusia, emas merupakan logam yang digunakan secara meluas sebagai wang. Penggunaan emas sebagai wang telah mula dikesan 643 tahun SM di Lydia. Jika berlaku masalah dengan wang kertas, manusia akan mencari alternatif lain yang boleh digunakan sebagai wang. Emas dan perak merupakan alternatif yang terbaik. Ini kerana kedua-dua logam ini pernah digunakan sebagai wang.
Apa yang anda perlu tahu tentang kelebihan Emas berbanding wang kertas!
Dibawah ini adalah perbandingan mudah yang saya berikan berkenaan dengan kelebihan emas jika dibandingkan dengan wang kertas yang kita semua miliki dan simpan sekarang.
Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.
1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ditiru
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang
Kelemahan wang kertas
1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Kemerosotan nilai terlalu tinggi, banyak negara yg gagal disebabkan matawang tidak disandarkan pada emas. Bila tak cukup duit, main print je...matawang ni dinamakan duit fiat (fiat money)....lagi banyak dicetak lagi rendah nilainya. Nilai wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati ini menyebabkan ia kehilangan nilai.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009
Malaysia = ?
US = ?
Baiklah anda tentu sudah nampak secara ringkas mengapa saya galakkan anda menyimpan atau menabung dalam bentuk emas berdasarkan perbandingan di atas. Sekarang saya akan kaitkan pula dengan keadaan semasa untuk lebih meyakinkan anda mengapa anda perlu beralih simpanan anda kepada emas.
Adakah anda perasan jika harga minyak naik, harga barang2 lain pun turut naik sama. Tahukah anda mengapa harga2 barang ni meningkat naik? Sebenarnya kalau diikutkan secara logicnya barang yg kita beli ni sama jer seperti barang2 yang kita beli dulu..takde apa yang extra pun. Sebenarnya apa yang terjadi adalah disebabkan susut nilai wang kita. sebab itu kalau dulu pergi sekolah bawak duit belanja 50 sen pun dah cukup...tapi anak2 sekarang pegi sekolah kalau takde kurang2 RM 2@3 sehari memang tak cukup. Akan datang agak2 berapa ringgit belanja sekolah...RM10, RM 20??? Inilah yang dinamakan inflasi.
Kenapa ni semua terjadi...semua ini terjadi disebabkan kita berpegang kepada wang kertas (sebenarnya kertas kosong yang dicetak nilai). Kalau anda perasan sekurang2nya duit kita dimakan oleh inflasi sebanyak 4% setahun...Ya duit kita susut nilai sebanyak 4% setahun. Sebab itu kita hanya perasan harga barang asyik meningkat dari hari ke hari tapi bukannya nilai duit kita yang semakin susut.Oleh itu kita haruslah berpegang kepada sesuatu yang lebih stabil sebagai simpanan kita pada masa hadapan. Adakah anda tahu 'wang' yang paling stabil sekali didunia yang tak dimakan oleh inflasi sejak beribu2 tahun dahulu sehingga sekarang? Ya…EMAS tidak dimakan oleh inflasi sejak berkurun lamanya.
Kenapa EMAS?
Tahukah anda pada zaman Rasulullah (1400 tahun dahulu) harga seekor kambing adalah bersamaan dengan 1 dinar wang emas? Dan jika dibandingkan dengan harga seekor kambing pada masa sekarang ini masih lagi bersamaan dengan 1 dinar wang emas. (1 dinar = 4.25 gram emas). Jika anda tak percaya anda boleh check harga emas semasa dan convert ke satu dinar dan check harga semasa seekor kambing.
Sekarang anda dah nampak kestabilan 'wang' EMAS jika dibandingkan dengan wang kertas. Sudah berkurun lama digunakan tapi masih mengekalkan kuasa membelinya. Langsung tidak dimakan inflasi kerana nilainya naik sejajar dengan 'kenaikkan' harga barang.
Anda masih tak percaya!?
Nak contoh lagi...baiklah saya bagi contoh harga kereta dalam sepuluh tahun kebelakangan ini hingga sekarang.
Kita ambil contoh Kereta Honda civic dan bandingkan harga emas, dan nilai wang kertas anda pada tahun 2000 & 2010.
Tahun 2000
Harga Honda Civic dalam RM = RM80 000
Harga emas masa tu RM33/gram = 2424.24 gram
Ini bermakna jika anda ada 2424.24 gram emas pada masa tu anda mampu untuk membeli sebijik kereta Honda Civic. Sekarang kita compare dengan harga semasa pula:
Tahun 2010
Harga Honda Civic dalam RM = RM 130 000
Harga emas semasa RM166/gram = 783.13 gram
Cuba bayangkan jika anda menyimpan 2424.24 gram emas dari tahun 2000, anda dah boleh beli 3 bijik Honda Civic skarang ni. Tapi jika anda simpan RM80 000 hingga sekarang , anda hanya boleh beli separuh honda civic sahaja.
Ok sekarang kita beralih pula dengan kos mengerjakan Haji. Kali ni saya amik Dinar sebagai perbandingan dengan wang kertas. Dibawah ini adalah statistik biaya haji 10 tahun kebelakangan ini hingga sekarang. Jika anda menyimpan wang kertas anda akan dapati kos untuk mengerjakan haji semakin meningkat. Tetapi jika anda menyimpan Dinar emas ternyata nilai untuk mengerjakan haji semakin menurun dari tahun ke tahun. Purata kadar penurunan kos mengerjakan haji adalah sebanyak 12% setahun!!. Wow...mari kita beralih simpanan kita dalam bentuk emas mulai sekarang!
Anda boleh bandingkan sendiri dengan contoh-contoh lain seperti harga rumah atau tanah dulu & sekarang. Anda akan dapati emas tetap akan dapat menyelamatkan ekonomi anda. Semua ini disokong oleh analisa saya berkenaan dengan kenaikkan harga pada sepanjang masa. Berdasarkan kajian purata kenaikan harga emas adalah diantara 20% - 40% setahun.
Sekarang anda sudah nampak kepentingan mengapa saya sarankan anda menukar wang simpanan anda ke dalam bentuk Emas. Emas tidak akan susut nilai, malah semakin tinggi nilainya dari tahun ke tahun. Anda sudah boleh bermula untuk menabung mulai sekarang. Bermula dengan 1 Dinar @ 1 jongkong setiap bulan @ setiap 2 bulan sekali, anda pasti akan memperoleh keuntungannya di kemudian hari. Selain itu anda juga boleh menggunakan 10% daripada gaji anda setiap bulan untuk membeli dan menyimpan emas. So kepada sesiapa yang dapat Bonus & increment hujung2 tahun ni dah boleh la simpan sedikit dalam bentuk emas untuk masa depan anda & keluarga.
No comments:
Post a Comment