Tuesday, November 16, 2010

Asal usul wang kertas dan sistem kewangan Malaysia



Sejarah Mata Wang Malaysia

1870 : Sistem wang token dan piawaian emas digunakan secara meluas dalam aesala aspek transaksi  perdagangan.

1899 : Mata wang kertas pertama diterbitkan oleh kerajaan, disandarkan kepada surat jaminin dan logam perak.

1906 : Kerajaan menyandarkan mata wang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Setiap satu dolar setara dengan dua sterling dan 4 dime, dan60 dolar selat setara dengan 7 wang emas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya. Sistem kadar pertukaran bebas dan perjanjian Betton Woods mula dirangka untuk dilaksanakan sepenuhnya ke seluruh dunia.


1954 : Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada Dolar selat (logam) yang kemudiannya digantikan dengan dolar Malaya.

1958 : Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk percetakan mata wang.

1967 : Bank negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia (RM) menggantikan dolar. Pada tahun 1973 hingga tahun 1985, sistem kadar wang fleksibel (boleh ubah) mula diamalkan di Malaysia bagi menstabilkan wang ringgit.

1975 : Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama. Pada tahun 1985 hingga tahun 1997, sistem pertukaran mata wang kadar terapung diamalkan memandangkan pertumbuhan ekonomi dan perdangangan kian rancak.

1998 : Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM3.80 untuk setiap USD 1.

Sekilas Sejarah Mata Wang Dunia


1879 Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.

1914 penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I mencetak mata wang lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.

1933 FD Roosevelt dilantik menjadi presiden ketika AS mengalami Great Depression, ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500,000 keping wang emas bernilai USD 20 setiap satu.

1 Julai 1944 Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara sekutu bersepakat untuk menstabilkan semula kadar tukaran setelah Perang Dunia II. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD 35 dengan 1 auns emas. Perjanjian ini juga menyepakati bahawa pencetakan mata wang sesebuah negara berdasarkan rizab emas, dan dolar dijadikan sebagai piawai semua mata wang dunia.

15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistim kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja.

Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang merupakan punca krisis dolar yang meluas. Sejak saat inilah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD, tentunya dengan kadar bunga tertentu, misalnya IMF menetapkan antara 15-20%. Ini adalah perangkap negara maju sehingga boleh terus mengeksploitasi negara miskin.

Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasi pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan. Fakta bahawa negara-negara ini masih mempunyai simpanan emas yang banyak tetapi berpakat untuk tidak menjual atau memajakkan emasnya semakin memperkuat persangkaan kita bahawa wang fiat adalah alat penjajahan. Ada maklumat bahawa mulai Jun 2001 Rusia telah mencetak wang emas sebagai legal tender, ia juga telah mula menjual dolar dan menimbun simpanan emasnya.

Dipetik dari penulisan Mustafa Dakian melalui buku bertajuk sistem kewangan islam terbitan pertama 2005 @utusan publications & Distributors Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment